Pages

Saturday, October 30, 2010

Tips memilih tudung agar tampil elegan, chic dan sophisticated

Tips memilih tudung agar tampil elegan, chic dan sophisticated

diambil dari --> http://www.penguin.com.my/?m=hiburan&c=hiburan_detail&code=Tips_memilih_tudung



Artikelnya berbunyi :

 

Wanita bertudung kini lebih berani memilih aneka fabrik dan jenis tudung untuk digayakan dalam apa juga acara seharian. Sama ada majlis rasmi, minum petang, makan malam, atau sekadar bersiar-siar. Tampilkan kreativiti anda dengan penggayaan pelbagai jenis tudung dengan tips-tips ini.
1. Cari tudung daripada jenis kain yang mudah dibentuk yang sesuai dipadankan dengan apa jua baju seperti kain bawal dan jojet
2. Bagi yang menggemari tudung kontemporari, pilihlah fabrik organza untuk lapisan luar bagi menggayakan fesyen bertudung. 3. Sesekali pilihlah tudung berbunga besar, dipadankan blaus berwarna garang dan polos. 4. Bagi baju yang mempunyai corak atau floral yang berwarna, pilih warna tudung yang paling sedikit yang terdapat pada baju. 5. Elakkan daripada memakai tudung sedondon dengan warna baju. 6. Pakailah tudung kosong yang berwarna cerah misalnya merah jambu, biru, kuning dan sebagainya. Warna ini akan menampakkan diri anda seorang yang ceria, lembut dan berkeyakinan tinggi.
7. Elakkan memakai tudung berwarna yang gelap dan kusam kerana ia akan menampakkan anda sudah berusia.
8. Bagi yang mempunyai muka bulat, elak daripada memakai tudung yang bercorak penuh kerana akan menampakkan wajah yang tidak terurus dan penuh. Sebaiknya pakailah tudung bercorak kecil.
Jom lihat beberapa fesyen tudung yang semestinya elegan, chic dan sophisticated!


 Hmm....

Saye mesti cuba fesyen di atas.....
Yang lain juga boleh cuba ye......  ;)












0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
blog design by suckmylolly.com