Pages

Tuesday, June 8, 2010

Mari Sebarkan Kebaikan Sedeqah

Pagi tadi semase bersiap2 nak pergi keje on TV9...Rancangan Tanyalah Ustaz (7.00AM-8.00AM)...Time tu topiknye adelah tentang SEDEQAH.


Sedeqah tu dah tentulah semua org pun tau kan....Ada satu part yg ustaz tu (tak ingt nama ustaz) bgtau yg sekiranya kita bersedeqah, dapat mengelakkan perkara2 buruk daripada berlaku. Sedeqah ini seperti yang diperkatekan oleh ustaz tersebut membawa rahmat. Situasi yang menarik perhatian saye yang diberi contoh oleh ustaz tersebut ialah contohnye seseorang tu eksiden (kemalangan), sepatutnye situasi kemalangan tu org tu sepatutnye patah kaki, tetapi DISEBABKAN dia bersedeqah, dia mungkin tidak patah kaki. Dengan kata lain, org tersebut dilindungi daripada perkara-perkara buruk yang bakal menimpanya. Menarik tak? hehe....tu la sebabnye rase terpanggil untuk menulis entry hari ni....

Sebenarnye, perkara bersedeqah mengelakkan kemalangan ni mungkin ade kaitan dengan apa yang berlaku kepada my parents. Baru-baru ni, time saye balik ke kampung halaman yang bertempat di Ipoh, Perak. My mom ada bagitau suatu kejadian....Jeng-jeng-jeng...suspen plak....hehe....

Takde la, my mom ada bgtau satu mase dulu...time dey'all (mom & dad) drive ke Cameron Highland ade satu kejadian yang hampir2 membawa maut. Time tu dey'all on d way balik semula ke Ipoh. Rasenye u all pon sedia maklum lah kan jalan ke Cameron Highland tu dari Ipoh sememangnye horror kan. Lagi-lagi untuk my parents yang dah banyak umur nye tu kan. Tapi time tu dey'all still gagah lagi la drive ke sane ke mari. My parents ni time dey'all muda2 dulu memang suka berjalan-jalan. Tu kes nak berjalan-jalan makan angin lah tu drive sampai ke Cameron Highland tu.

Nak dijadikan cerite....
On d way dey'all balik tu tiba-tiba kereta hampir terbabas. Jadi dalam usaha untuk mengelakkan terhentam ke divider yang diperbuat daripada simen yang tinggi dan kukuh itu kereta itu terpusing-pusing sampai 3X hingga kereta tersebut berada di kedudukan yang bertentangan haluan. Alhamdulillah takde ape2 mungkin disebabkan jalan yang luas sebanyak 2 lane itu membuatkan my dad yang drive kerete tu dapat mengelak dari hentaman2 di kiri dan kanan jalan tu kot.

Ok, 1st phase dah selamat.....skrg ni my dad perlu betulkan kedudukan kereta ke arah haluan yang sepatutnye la kan....sebab kereta tadi kan dah tersongsang kedudukannye dengan haluan sebenar kan....So, my dad pon, undur dan kedepan, undur lagi dan kedepan, undur dan kedepan beberapa kali. Tak tau la kenape susah sangat nak betulkan kedudukan kereta tu WALAUPUN jalan yang luas tadi kan. Mungkin disebabkan situasi yang agak panic.

Setelah beberapa kali mengundur dan kehadapan demi membetulkan kedudukan kereta ni tadi, akhirnye berjaye la kan.....Sebaik sahaje kereta dah berada di kedudukan yang sebenar, datang lah sebuah lori yang sederhana besar datang dari arah belakang. Mengikut kata my mom, agak laju juge lah lori tu. Tapi luckily, dah selamat di kedudukan yang betul. Dan my dad pon sambung perjalanan dengan begitu relieve sekali. Lori tadi memotong kereta my dad dengan selamatnye lah.

So.....
Topiknye tadi adelah sedeqah kan....
Bila dengar ustaz pagi tadi bercakap SEDEQAH DAPAT MENGELAKKAN KEMALANGAN. Saye pon tiba2 teringat kes my parents ni tadi. Dan saya membuat kesimpulan bahawa, mungkin dey'all selamat dari kemalangan at that time disebabkan dey'all ni suka bersedeqah. Especially, my dad. Memang seorang insan yang terlalu murah hati, tak berkire, dan selalu menghulur sedeqah. dan mengikut kata my mom jugak, dah banyak kali jugak lah situasi hampir2 maut itu berlaku tetapi Alhamdulillah dey'all selamat.

 Now, my dad dah pon berumur 70-80 tahun (tak ingt umur tepat). My dad tidak dibenarkan drive lagi disebabkan faktor umur walaupun kadang2 dia rase dia sihat dan nak drive pegi pasar dan sebagainye. Tetapi, no, no, no way. hehe....now dia dah semakin uzur, jalan dalam rumah pon pakai tongkat. Masuk bilik air tidak dibenarkan mengunci bilik air tersebut sebab dia mudah nak jatuh. If kunci bilik air, bahaya sorang2 dalam bilik air tu. Dia seorang yang suka membaca. Hari2 membaca. Now, banyak habiskan masa baring atas katil. If dia rasa sihat sikit, baru la bangun duduk2 kat ruang tamu. Tapi sekejap2 je. Solat pon duduk tak mampu berdiri. Semua dah lain dari dulu masa saye kecik2 dulu. My dad seorang yang carrgass....sekarang tak lagi.....tapi.....perkara yg same je dulu dan sekarang ialah.....sifat banyak ceritanye tu sampai sekarang ade lagi......hehe....sifat suka bergurau pon ade lagi.....hmm...bila ingt semua tentang my dad rase sayu je hati ni.....yg pasti saye tak sanggup terime kenyataan yang satu tu untuk my dad iaitu semua orang di dunia memang akan pergi....tak sanggup...tak sanggup......

air mate dah keluar...so, amalkan sedeqah kerana dapat melindungi kita dari perkara-perkara buruk yang akan menimpa. Ikhlaskan hati apabila bersedeqah mudah-mudahan kita mendapat rahmatnya. Salah satu rahmatnya tadi adelah seperti yang disebutkan tadi. 

Sekian....

p/s : I luv u dad...so...much......


Related Posts with Thumbnails
 
blog design by suckmylolly.com