Pages

Saturday, October 30, 2010

NAK UBAH PENAMPILAN BLOG


Tiba-tiba terfikir untuk buat pembaharuan dalam menulis blog. 

.
Pembaharuan apekah itu?


.
Apabila sedang blog-walking, terjumpa satu perkara yang bagi saye amat kagum dan respect sangat pada dorang ni. 
.
Rupa-rupanya terdapat kumpulan bloggers muslimah sama ada yang baru convert mahupun yang memang beragama Islam. Mereka ini connected each other melalui tulisan-tulisan blog yang mereka bangunkan. Kumpulan bloggers yang saya maksudkan ini ialah mereka yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan tinggal di pelbagai negara termasuklah negara-negara Eropah. 
.
Saya amat kagum dengan jalinan ukhwah yang mereka jalinkan. Dalam setiap tulisan mereka, pasti menyelitkan unsur-unsur keagamaan dan menyebut nama Allah. Maksudnya, apabila kita membaca blog mereka, kita pasti akan tahu, bahawa mereka ialah seorang muslimah.
.
Blog-blog mereka menceritakan tentang pelbagai hal kehidupan seharian. Cerita tentang perkahwinan, fesyen, masakan, hobi, minat, yang berunsur keagamaan dan pelbagai perkara.
.
Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah, walaupun mereka ini ada yang berjubah dan memakai niqab (pakaian seperti yang dipakai oleh wanita arab), mereka tetap bebas berbicara tentang fesyen. Contohnya fesyen jubah terkini, gaya pemakaian tudung yang anggun tetapi masih kekal menutup aurat. 


Perkara menarik lagi bagi saya tentang mereka ialah fesyen muslimah yang dibincangkan oleh mereka lebih meluas. Bermakna tulisan dan idea-idea fesyen muslimah mereka itu diinspirasikan dari seluruh pelosok dunia. Bukan setakat di negara mereka sahaja. Daripada situ, saya dapat lihat, Islam itu sememangnya bersiat sarwajagat. Dari tulisan-tulisan mereka memberitahu saya bahawa pegangan mereka, amalan mereka, kepercayaan mereka sama sahaja asalkan mereka ini beragama Islam walaupun mereka ini berasal dari negara yang berbeza.
.
Err....daripada tadi saya asyik bercakap tentang fesyen aje...Bukan nak menekankan bidang itu sahaja tetapi sebenarnya tulisan mereka bukan setakat fesyen tetapi lebih meluas lagi.
.
OK, kembali kepada tajuk asal ssaya tadi, yang mana saya ingin menukar penampilan blog yang saya tulis ini untuk musim kedua ini setelah berbulan membisu kan....
.
Sebenarnye, cerita yang panjang berjela tadi nak beritahu bahawa saya tiba-tiba nak menukar penampilan blog saya disebabkan oleh blog-blog muslimah yang saya baca itu. Blog mereka adalah di dalam bahasa inggeris sepenuhnya disebabkan mereka ini of course la non-malays dan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar blog mereka.
.
So, apekah penampilan baru yang nak saya tampilkan?
.

Dah tentulah mengubah bahasa pengantar blog saya ini. Mampu ke saya ni? hehe bagai satu cabaran pula rasanye. Sebelum ni adelah terselit dua tiga kerat bahasa inggeris nye......tetapi untuk menulis dari A sampai Z saya tak pernah lagi buat untuk menulis blog. Walaupun masa belajar selalu kene buat assignment dalam bahasa inggeris atau masa sekolah-sekolah dulu je je kan. Sekarang boleh ke?

.
Kalau nak dipikirkan secara positif, dulu boleh buat, takkan sekarang tak boleh buat kan.....tapi fikiran negatifnye pulak lain, dulu lain, sekarang environment bekerja pun dah dikelilingi dengan orang melayu yang bercakap bahasa melayu. Bahasa utama dalam percakapan pun dalam bahasa melayu. Hmm...macam mane ye.....
.
Takpe saya anggap ini satu cabaran. Belum cuba belum tahu kan......Saya akan cuba. If saya dah tak mampu, saya akan tarik diri je lah.....hehehe....bunyi macam berat aje kan.....
.
Bagusnye menulis blog dalam bahasa inggeris ini ialah sebagai latihan kepada diri saya sendiri dalam menulis. Lagipun blog tidak memerlukan bahasa inggeris yang seratus peratus perfect grammar nye kan.....Menulis blog biasanya menggunakan bahasa inggeris sama seperti berkomunikasi. Bukan bahasa bombastik sangat kan.....Jadi support saya ye semua....hehe.....

.
tu lah....dulu-dulu masa kecik-kecik mak ckp omputeh, tp kite reply dlm bhs melayu....bila dah besor ini la jadinye...hahahaah.....takpe-takpe.....saya suke bahasa kedua ini......masa skolah-skolah dulu selalu dapat markah tinggi kan......kenapa tidak aplikasikannye dalam kehidupan harian. Blog jugak salah satu rutin kehidupan harian di era teknologi sekarang ini. hehe....caiyokk to myself.....huhu



So, MARI KITA BERBAHASA INGGERIS..........!!




0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
blog design by suckmylolly.com